Sunday, May 19, 2013

Sebuah cerita untuk di manfaatkan



Adalah seorang pemuda yang yang tengah berjalan-jalan ditepi hutan untuk mencari udara segar . Ketika dia tengah berjalan , tiba-tiba terdengarlah bunyi auman suara harimau . Auuummm ! ternyata bunyi seekor harimau yang sedang lapar dan mencari mangsa untuk mengisi perutnya dan tiba-tiba sudahpun berada dihadapan pemuda itu . Pemuda tadi pun berlari semampu yang dia dapat kerana teramat takut , harimau yang sedang lapar tentunya tidak begitu saja melepas mangsa empuk di depan matanya , harimau itupun mengejar pemuda tadi . Di tengah kepanikkannya , pemuda tadi sempat berdoa agar diselamatkan dari terkaman harimau .. dan ternyata doanya dimakbulkan , dalam pelariannya dia melihat sebuah sumur tua . Terlintas dibenaknya untuk masuk kedalam sumur itu .. karena harimau pasti tidak akan mengejarnya ikut masuk ke sumur tersebut .

Beruntungnya lagi ternyata sumur tersebut ditengahnya ada tali menjulur ke bawah , jadi pemuda tadi tidak harus melompat yang mungkin saja boleh membuat kakinya patah kerana dalamnya sumur tersebut . Tapi ternyata tali itu pendek dan takkan sanggup membantu dia untuk sampai ke dasar sumur , hingga akhirnya dia bergayut ditengah-tengah sumur , ketika tengah bergayut dia mengenadahkan mukanya keatas ternyata harimau tadi masih menunggunya dibibir sumur , dan ketika dia menunduk ke bawah  , terdengar suara kecipak air . Setelah diamati ternyata ada 2 ekor buaya ganas yang berusaha menggapai badannya . 

Ya Allah , bagaimana ini , diatasku ditunggu harimau , dibawah buaya siap menerkamku . Ketika dia tengah berfikir cara untuk keluar , tiba-tiba dari pinggir sumur yang ada lubangnya keluarlah seekor tikus putih Cit..citt...cit... yang naik meniti tali pemuda tadi dan mulai menggeroti tali pemuda tadi .. belum hilang keterkejutannya dari lubang satunya lagi muncul seekor tikus hitam yang melakukan hal sama seperti tikus putih menggoroti tali yang dipakai pemuda tuk bergantung .. Duh ! jika tali ni putus , habislah riwayatku dimakan buaya !!! cemas dia berfikir .. jika aku naik keatas , sudah pasti harimau menerkamku . Jika menunggu disini lama-lama tali ini akan putus dan buaya dibawah siap menyosongku .. Saat itu laa dia mendengar dengungan rombongan lebah yang sedang mengangkut madu untuk dibawa ke sarang mereka . Dia mendongakkan wajah keatas .. dan tiba-tiba jatuhlah setitis madu dari lebah itu langsung tertelan ke mulut pemuda tadi . Spontan pemuda tadi berkata .. Subhanallah.. Alangkah manisnya madu ini , baru pertama kali aku merasakan madu semanis dan selazat ini !!.. Dia lupa akan ancaman buaya dan harimau tadi .

Inti cerita diatas adalah : 

Pemuda tadi adalah kita semua , harimau yang mengejar adalah maut kita , ajal memang selalu mengejar kita . Jadi ingatlah mati .
Dua ekor buaya adalah malaikat munkar dan nakir yang menunggu kita di alam kubur kita nantinya .
Tali tempat pemuda bergayut adalah panjang umur kita .
Tikus putih dan tikus hitam adalah dunia kita siang dan juga malam yang senantiasa mengikis umur kita . Diibaratkan di cerita tadi tikus yang menggoroti tali pemuda .
Madu setitis adalah nikmat dunia yang hanya sebentar . Bayangkan madu setitis tadi masuk kedalam mulut pemuda , sampai dia lupa akan ancaman harimau dan buaya . Begitulah kita , ketika kita menerima nikmat sedikit , kita lupa kepada Allah . Ketika susah baru ingat kepada Allah .. Astaghfirullah 1 minit untuk mengingat Allah .

Sebutlah sepenuh hati dan lidah yang fasih akan :
  • SUBHANA'LLAH 
  • ALHAMDULI'LLAH
  • LA I LAHA ILLA'LLAH 
  • ALLAHU AKBAR
  • ASTAGFIRU'LLAH 
  • LA ILAH ILLA'LLAH , MUHAMMADUN RASULU'LLAH
  • ALLAHUMMA SOLLI ALA WA SALLIM WABARIK ALA MUHAMMAD 'WA AALIHI WA SAHBIHI AJMA'IN 







Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Thursday, May 16, 2013

Kebaikan dan Kelebihan meminum Air kosong


Today Pika mau share tentang kebaikan dan kelebihan air kosong / mineral / masak & apa2 jak laa asalkan air tu putih / jernih . ngahaha . Berikut adalah 8 sebab-sebabnya :)

1. Menguruskan Badan 
 -Yeah , ini khabar gembira buat wanita wanita yang ingin mengurangkan berat badan atau tengah berdiet . Ini kerana , air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita .

2. Meningkatkan Kesuburan
 -Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa .

3. Melancarkan Sistem Pencernaan 
 -Minum air putih dalam kuantiti 8 gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan . Ia dapat menghindar dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien .

4. Melambatkan Proses Pertumbuhan Zat yang Menyebabkan Kanser 
 -Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal .

5. Perawatan Kecantikkan 
 -Kekurangan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air , sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut .

6. Tubuh Lebih Segar dan Sihat 
 -Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersih tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh . Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air . Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam tubuh manusia .

7. Menyihatkan Jantung
 -Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan jantung . Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih .

8. Ubat kepada Penyakit Strok
 -Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit kulit , namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh . Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan .

AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT

Kajian para sainstis mendapati amalan meminum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi menpunyai manfaat . Japanese Medical Society , misalnya berjaya membuktikan kes-kes tertentu . Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius .

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ialah sakit kepala , sakit-sakit badan , sistem jantung , arthristis , degupan jantung yang pantas , epilepsy , lemak berlebihan , bronchitis , tibi , meningitis , buah pinggang , daan jangkitan pada air kencing .

Bagaimanapun , amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu meningkatkan beberapa peraturan untuk memastika kebersanannya .

1. Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi .
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama 45minit .
3. Selepas 45minit anda boleh makan dan minum seperti biasa .
4. Selepas 15minit mengambil sarapan , makan tengah hari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh 2jam .
5. Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum 4 gelas sekaligus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai 4 gelas sehari .
6. Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu .
  • Tekanan darah tinggi 30 hari
  • Gastrik 10 hari
  • Diabetis 30 hari
  • Sembelit 10 hari
  • Kanser 18 hari
  • Tibi 90 hari
7. Pesakit arthritis hanya perlu mengikut rawatan tersebut untuk 3 hari . Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil .

Berusahalah tidur lena . Jangan tidur pada lewat malam :) Sumber :)








Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Monday, May 13, 2013

Allah memanggil kita hanya 3 kali sahaja seumur hidup


Ibu berkata . *Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup*
Keningku berkerut .. 'Sedikit sekali Allah memanggil kita ?'
Ibuku tersenyum . 'Iya , tahu tidak apa saja 3 panggilan itu ?' saya menggelengkan kepala .

'Panggilan pertama adalah azan , ujar Ibu .

'Itu adalah panggilan Allah yang pertama . Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita , sangat kuat terdengar . Ketika kita solat , sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah . Tetapi Allah masih fleksibel , Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita .

Kadang kita terlambat , bahkan tidak solat sama sekali kerana malas . Allah tidak marah seketika . Dia masih memberikan rahmat-Nya , masih memberikan kebahagian bagi umat-Nya , samaada hambaNya menjawab azan-Nya atau tidak . Allah hanya membalas umat-Nya ketika hari kebangkitan nanti'

Saya terpaku , mata saya berkaca-kaca ..
Terbayang saya masih melambatkan solat kerana meetinglah , mengajar dan lain-lain .
Astagfirullah..

Ibu terus berbicara ,

Panggilan kedua adalah Panggilan Ummrah / Haji

Panggilan ini bersifat halus , Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain . Jalan nya bermacam-macam . Yang tidak ada duit tiba-tiba dapat duit dan dapat pergi . Yang kaya raya duit bertimbun-timbun , tapi tak ada kesempatan pula hendak pergi . Ada yang memang merancang dan terkabul . Tapi ada juga sebaliknya .

Ketika kita memasang niat Haji / Ummrah , berpakaian ihram dan melafazkan 'Labaikallahummalabaik / Umrotan', sesungguhnya kita saat itu kita menjawb panggilan Allah yang ke dua . Saat itu kita merasa bahagia , kerana panggilan Allah sudah kita jawab , meskipun panggilan itu halus sekali .

Allah berkata , laksanakan Haji / Ummrah bagi yang mampu' .

Mata saya semakin berkaca-kaca..
Subhanallah..
Saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. Alhamdulillah ..

'Dan panggila ke-3' , terang Ibu lagi , 'adalah KEMATIAN'  

Panggilan ini Allah tidak memberikan sebarang tanda-tanda secara langsung , dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakkan . Kita hanya mampu menjawabnya dengan amal soleh . Kerana itu manfaatkan waktumu sebaik-baiknya . Jawablah 3 panggilan Allah dengan TAQWA . Insya Allah syurga adalah balasan untukmu  ..'

Ibu mematikan bicara sekadar itu .

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a , Rasulullah S.A.W bersabda: *Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking , besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat . Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi . Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy ! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari ?'

Huraisy pun menjawab , 'Aku mau mencari lima orang':

Pertama , orang yang meninggalkan solat 
Kedua , orang yang tidak mau mengeluarkan zakat 
Ketiga , orang yang derhaka kepada kedua ibu dan bapanya 
Keempat , orang yang bercakap tentang dunia di masjid
Kelima , orang yang suka minum arak 




















Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...