Thursday, October 24, 2013

Rakaman CCTV Pegawai Bank Di tembak mati .

Ada tengok berita tadi ? 


Rakaman CCTV melibatkan kejadian pegawai bank mati ditembak yang tersebar di internet .

Petaling Jaya : Rakaman video kemera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan babak sebelum Norazita Abu Talib , pegawai operasi Ambank , di tembak mati oleh seorang pegawal keselamatan telah dimuat naik di laman Youtube .

Rakaman berdurasi 33 saat itu memaparkan keadaan ruang pejabat dengan pintu bilik kebal terbuka , di mana mangsa yang memakai baju kurung warna merah dilihat berdiri bersebelahan dengan seorang lagi rakan sekerjanya yang memakai baju warna putih .

 Kedua-dua mereka dilihat membelakangi kamera dan berhadapan dengan pintu bilik kebal .

Pada rakaman durasi 0:03 saat , kelibat Norazita tiba-tiba jatuh ke lantai , dan rakan sekerjanya dilihat menutup muka dan telinga mereka daripada bunyi tembakan .

Difahamkan mangsa ditembak muka dengan jarak kurang daripada 5 meter .

Suspek kemudiannya berlari kearah yang selamat dan mengheret seorang rakan sekerja mangsa dari bilik berkenaan . 
Dia kemudiannya berjalan kearah mayat Norazita dan terus mengambil wang yang diambil daripada bilik kebal bank berkenaan dan memasukkannya ke dalam sebuah beg .

Rakaman CCTV bertukar gelap selama beberapa saat dan kembali berfungsi dengan memaparkan aksi seorang lelaki memasukkan wang kedalam sebuah beg sebelum melarikan diri .

Daripada rakaman video tersebut , lelaki berkenaan di lihat sangat fokus dan tenang dalam insiden rompakan tersebut .

Al-Fatihah buat Pegawai Bank tersebut (Norazita Abu Talib)





Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

2 comments:

  1. takziah buat keluarga arwah..sebab wang ringgit org sanggup membunuh..yg paling dikesali mcm mana la dia boleh bebas guna ic palsu tu..kerajaan harus buat sesuatu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa ... betul tu krajaan msti buat ssuatu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...