Thursday, February 20, 2014

8 Jenis Makanan Untuk Menjadikan Mata Anda Lebih Sihat !



Tak semua orang bertuah memiliki penglihatan yang sempurna. Tetapi mengekalkan penglihatan yang sempurna bukanlah sesuatu yang diperolehi tanpa usaha.

Mungkin kini banyak rawatan moden yang boleh merawat penglihatan, tetapi jika anda tidak yakin dengan rawatan moden . Ambil berat pada cara pemakanan anda. Sememangnya mengelak lebih baik daripada mengubati.
Berikut adalah makanan yang boleh membantu untuk mengekal dan memperbaiki penglihatan anda :


Lobak Merah



Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada vitamin A, nutrient yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrient perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrient yang melindungi kerosakkan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.


Teh 

Jika anda menggemari segala jenis teh, anda sedang melakukan tindakan yang betul untuk mencegah katarak mata. Teh menbantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia akan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.


Bawang Putih & Bawang Merah 


Bawang putih dan bawang merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata .


Kacang Walnut


Kacang walnut mengandungi sumber omega-3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.


Tomato 


Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu Iycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.


Kacang Soya

Jika anda merupakan peminat kicap dan tempe, anda tentu gembira mengetahui bahawa kacang soya merupakan salah satu makanan penting untuk mata. Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.


Telur

Percaya atau tidak, telur juga baik untuk penglihatan. Sebatian sulfur, protein dan cysteine membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.


Brokoli 

Brokoli mengaktifkan enzim anti - radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.












Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...