Thursday, April 18, 2013

Bahaya Tidur Selepas Subuh


Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya . Akan tetapi , pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini . Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja , melakukan ketaatan dan beribadah  , ternyata dipergunakan untuk tidur dan bermalas-malasan .

Saudaraku , ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi . Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan mereka merasa malas serta membuang-buang waktu . Beliau rahimahullah mengatakan ,

"Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan . Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan."

Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :

1. Tidur ketika perlu tidur 
2. Tidur di awal malam - ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam . 
3. Tidur di pertengahan siang - ini lebih bermanfaat daripada daripada tidur di waktu pagi dan petang . Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan , lebih-lebih lagi tidur diwaktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman .

Menurut para salaf , tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit . Kerana pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah) . Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar , menurut orang-orang soleh . Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalaman suntuk , mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari . Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan)." (Madarijus Salikin , 1/457 , Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI 

[Pertama] 
Tdak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah .

[Kedua]
Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini) , bahkan merupakan perbuatan yang dibenci .

[Ketiga]
Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya .

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim . Beliau rahimullah berkata ,
"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya" 
(Miftah Daris Sa'adah ,  2/216). 
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua . Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur , maka di petang harinya dia juga malas-malasan pula .

[Kelima]
Menghambat datangnya rezeki 

Ibnul Qayyim berkata ,
"Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah :-
1). Tidur di waktu pagi 
2). Sedikit solat 
3). Malas-malasan dan
4). Berkhianat 
(Zaadul Ma'ad ,  4/378)

[Keenam]
Menyebabkan berbagai penyakit badan , di antaranya adalah melemahkan syahwat .
Zaadul Ma'ad , 4/222

P/s : hurmm , nasib baik Pika t'baca artikel nii . Pika nii slpas solat sbuh jak trus tdur . heee (kadang2 jak laa) . 















Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Tuesday, April 16, 2013

Sahabat :)


Langit tak selalu cerah , cinta tak selalu indah .

"Aku tidak pandai berterus-terang , dan kau lemah dalam mentafsir.."

Hati lain-lain walau hakikatnya rambut sama hitam . Dia fikir lain , aku fikir lain . Walau kadangkala ada persamaan yang ketara , tetap juga gigi tergigit lidah . Padahal bukankah gigi dan lidah berada di tempat yang sama , bagai belangkas tidak terpisah . Sama juga ragam manusia . Persahabatan tidak selamanya kukuh , adakalanya diuji dan teruji . Tapi kita tetap berbeza , walau ada persamaan . Hati manusia , siapa tahu ?

Kadangkala niat bergurau , mungkin tanpa sedar hatinya terguris . Kadangkala dalam menegur , siapa tahu hatinya terlalu rapuh ? kadangkala dalam berbicara , ketegasan kita mungkin membuatkan hati tersinggung ? Oh , manusia ternyata memang berbeza walau kita fikir "aku" dan "dia" sefikrah !

Yang pasti hati pernah terguris . Pernah melukai dan di lukai . Kita tetap manusia biasa , punya salah tanpa sedar . Ada khilaf . Belajar untuk memberi dan menerima , maka hati pasti akan terubat . Bermuhasabah seketika , maka hati akan tenang . Manusia dicipta Allah punya sikap dan tingkahlaku berbeza . Inilah uniknya ciptaan Allah . Sikap diri , mungkin kurang disenangi . Tingkahlaku dia mungkin kurang disukai . Namun , dengan menyadari bahawa itu keunikan , kelebihan dan kekurangan manusia , maka tanpa sedar perlahan-lahan kita akan menerimanya dengan hati terbuka . Menerimanya dengan hati rela , kerana secara semulajadinya itu sikap dan keunikan . Menghargai seikhlasnya sikap dan perbuatannya selagi tidak bertentangan dengan syar'ie . Sungguh , indahnya memberi pada masa yang sama menerima ! 

Andai sama-sama memberi dan menerima , kurangkan suuzzhon , elakkan prasangka , pastinya kegemilangan ISLAM akan tertegak .

"Hai orang-orang yang beriman , jauhilah kebanyakan dari prasangka , sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain . Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati ? maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya . Dan bertawakalah kepada Allah . Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyanyang ."-(Al-Hujurat:12)

Lenturkan ego , sebarkan salam . Elakkan permusuhan , jauhkan hasad dengki . Bergeraklah bersama , majulah ummah ! Laksanakan Muhajirin  dan Ansor yang hati mereka disatukan . Allah melembutkan hati-hati mereka , hingga jadilah mereka orang yang bertaqwa dan beriman .

Kekuatanmu , kekuatanku 
Kemenanganmu , kemenanganku 
Perjuanganmu , perjuanganku 
Tuhanmu , Tuhanku 
Aku menyanyangimu kerana Allah .

Dan orang-orang yang datang sesudah mereka Muhajirin dan Ansar , mereka berdoa 

"Ya Tuhan kami , beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman terlebih dahulu daripada kami , dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman . Ya Tuhan kami , sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyanyang ,"-(Al-Hasyr:10)










Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Tuesday, April 2, 2013

Doa dan Tips menghilangkan rasa marah dalam Islam


Actually , Pika nii tengah cari2 tips untuk menghilangkan rasa marah dan doa untuk menghilangkan rasa marah . Pika nii sebenarnya tengah marah . Lagipun sikap marah nii  memang sedia ada dalam diri setiap manusia kan ? yang bezanya adalah cara mengawalnya . It's not unusual but it's normal .  So , Pika pun search laa di google untuk carii suma tu . Alhamdulillah Pika jumpa juga doa dan tips tu :) so let's share ! ^^



Doa hilangkan rasa marah merupakan doa yang elok untuk diamalkan . Lebih-lebih lagi kalau syaitan menguasai diri . Doa tu sangat-sangat pendek dan tidak mustahil untuk kita hafal ayat tu kan ? Insyaallah kita akan rasa tenang dan kemarahan tersebut akan beransur-ansur hilang . 

Tips menghilangkan rasa marah dalam islam 

1) Ubah posisi duduk 
Apabila  kita sedang marah eloklah kita ubah posisi kedudukan kita . Contohnya bila marah dalam keadaan berdiri eloklah kita duduk supaya reda sikit marahnya tu . Seperti sabda Rasulullah SAW ,

"Apabila salah seorang daripada kamu marah , dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri maka hendaklah ia duduk . Kerana hal itu akan menghilang marahnya . Dan kalau tidak , maka hendaklah ia berbaring"(Riwayat Muslim)
2) Ambil wudhuk
Berwudhuk merupakan salah satu cara untuk menghilangkan marah . Sebab ia bagaikan api dan wudhuk itu sebagai air penyiramnya .

"Marah itu datangnya dari syaitan , dan syaitan itu diciptakan dari api , sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air  . Oleh itu , apabila seorang daripada kamu marah , maka hendaklah ia berwudhuk"(Hadis riwayat Abi Daud)
3) Meminum air 
Meminum air juga boleh meredakan rasa marah . Apabila minin air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan .

4) Berdiam diri apabila marah 
Bak kata orang , diam itu lebih baik . Memang ada benarnya . Apabila kita diam bukan sahaja dapat mengawal marah maka dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar .

5) Menyampaikan kemarahan secara positif 
Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggikan suara . Tapi seeloknya kita kawal ia baik-baik . 'Try to slow talk' dan tidak memekik atau bersikap garang .

6) Calm and take a deep breath in
Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam pun bagus untuk menghilangkan rasa marah . Bila tarik nafas dalam-dalam kita dapat mengumpulkan oksigen ke otak . Otak akan rasa segar sekaligus dapat merungkai masalah dan melepaskan tekanan yang ada .

7) Keluar dari rumah 
Keluar dari rumah juga merupakan satu cara untuk menghilang rasa marah . Bila marah tu sudah tidak tertahan eloklah keluar rumah ambil angin . Dikhuatiri bila duduk rumah lain pula jadinya . 

P/s Ingatlah apabila kita sedang marah , syaitan sedang menguasai diri kita . Api marah terus disemarakkan . Andai anda seorang yang pemarah berdoalah . 
Doa mengurangkan rasa marah 


Artinya : " Aku berlindung dari kepada Allah dari syaitan terkutuk . Ya Allah , ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk" 






Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Monday, April 1, 2013

Di sebalik Tangan kanan vs Tangan kiri ..

Secara umumnya , perbezaan diantara orang yang menggunakan tangan kiri atau kanan tidaklah begitu ketara . Tetapi sekiranya faktor ini dikaji secara mendalam dan bukannya secara holistik , terdapat perbezaan yang mungkin akan membezakan diantara keduanya . Faktor ini mungkin mendorong cara mereka berfikir dimana orang yang menggunakan tangan kiri dikatakan lebih sering untuk menggunakan bahagian otak belah kiri dan sebaliknya . Berikut adalah beberapa fakta hasil kajian yang telah dilakukan oleh pakar .

Statistik - Hasil daripada kajian yang telah dilakukan , orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia . Di sebabkan faktor seperti inilah sekiranya dapat dilihat banyak peralatan dicipta  memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti . 

Punca tangan kidal - Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata . Tetapi terdapat pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik persekitaran  . Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga sahaja , terdapat juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal dalam keluarga tersebut .

Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi dalam kandungan . 

Kelebihan - Seseorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan . Selain daripada itu , daripada hasil kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St Lawrence terdapat juga orang yang menggunakan tangan kiri lebih tinggi tahap IQ nya . Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif . Selain itu , orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan . 

P/s : Pika guna tangan kanan untuk menulis dan tangan kiri untuk pakai gelang or jam :)











Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Monday, March 25, 2013

My Superman ...


Kenal gmbar atas tu ? haha , xknal kan ? Itu Superman Pika , Pika pnggil dia sii Sapik @ BebehBoy ;) . Pika kc knal sama korang k ? :D (just kc knal2 jaa , wlaupn kmu xmaw knl) hihihi

Nama : Ag Mohd Safiq
T.Lahir : 12 oct 1996 
T.Tinggal : Pimping , Membakut .

Alarr short bio jakk punn :) hikhik . Pika knal dia since 2011 lg . Kenal dlm Fb :) n prnah jmpa sblum knal di Fb . hoho . Pika nii tua stahun -..- huhuhu . Tp knpa laa ? ndaa kesah pun , yg pnting BAHAGIA . hahah ! Pika anggap dia tu lbih tua dri Pika sbb dia nmpak lbih matang dri usia sbnar . hihi

Start b'CINTA 28 Nov 2011 . Suka ? yeahh , mesti laa Pika suka dia . Dia nii mmang baik , memahami n sayang sama Pika ;) hihih . 
Pika nii JAHAT ! taw sbb apa ? sbb Pika sllu marah dia , suka cari pasal . haha ! ^_^ Tp Pika sayaanggg betul samaa dia , cuma dia jakk yg xtaw . :)  hermm , kmi nii tnggal b'jauhan dia di pimping Pika di inanam . Asii ka mcm tu ? hihi . Asii laa BHA . Sebab cinta jarak jauh nii perihal keprcayaan . Klau tiada kpercayaan masing2 , skar untuk cinta itu b'jaya kita miliki . So , Pika beri kpercayaan sama dia (Tp kadang2 pndai ragu2) hehe ! 100 % ? hehe just 70% biarkan 30% tu is keraguan or ketidak percayaan . Perasaan mcm nii akan mwujudkan lagi hrmoninya dlam prcintaan . Ndaa sronok laa klau cinta TANPA cemburu nii . Kan ?
Bagi Pika dalam cinta jarak jauh nii , kpercayaan 100% hnya untuk Allah s.w.t dan Islam jaa . Ermm , bnyak tw kbaikan cnta jarak jauh nii . Bknnya sbb boleh CURANG tp dpt mnguji thap kesetiaan psangan kita , bleh mngelakkan maksiat n so on laa . hee -..- eiikk ==' crta Pika nii mcm bkn pasal Superman Pika jaa . HAHA ! melencong pulaa . (tapii Pika maw dia tw)

Dia nii suka main futsal . Kadang2 klau dia mw main ftsal Pika ndaa sruh . haha .. 

Haa , my BebehBoy nii suka kaler biru . Mmang spadan laa klau combine dgn fav. kaler Pika (blue+pink) kan ? hee  Dia suka makan ..... ermm , asalkan halal :D . 
Tu jakk laa yg Pika maw ckap pasal Superman Pika nii . Tiba2 pla blckout .. hahahaaa !



Pngalaman Pika , cinta jarak jauh nii seronok dan mncabar . Sbb itu akan buat kita lbih mnghargai pasangan kita stiap kali kita b'jumpa . Dan paling pnting  kita suma harus dapat mmbezakan antara cinta dan nafsu ..

Love is like a mountain , hard to climb . But once you get to the top , the view is beautiful

Sencere from the heart :)



Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Thursday, March 21, 2013

Ready ?


Besok mrupakan hari yang penting bagi semua ex-candidates SPM 2012 . Yup ! result SPM keluar laa . Huuh ! 21-03-2012 (Khamis)

Macam xcaya ! and now jntung Pika rasa b'dgup dgn pantas . Sesak dibuatnya ..  Tgh malam mcm nii pun xdpt tdur ..  -_- sebab asyik mmikirkan pasal tu jaa . Tapi apa2 pun rsult mw kluar sdh , so get READY for tmorrow laa jawabnya :) . huh ! xmaw pikir bnyk2 or tlis pnjang2 , nnti lngsung xdpt tdur .  Yang pnting b'doa kepada-Nya spaya smua b'jln dgn lncar :) dan Pika harap Pika dan kawan2 dpt rsult  yg gmpak :) AMIN !


Ya Allah , tenangkanlah hati kami agar dpat mnerima kputusan dgn tabah :)










Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Wednesday, February 27, 2013

Sii Pikachu yang bosan ..

Huh ! Sangat2 bosan duduk diam2 di rumah niii ! lepas brhnti kerja ary tuh Pika just diam2 di rumah jakk . Buat suma kerja di rumah , ganti sii mama buat kerja rmh smtara mnunggu result . Drpda p kerja , bgus tlong2 sii mama di rumah (Anak yg rajin di sayang Allah) :D ngam ? .. Walaupun ada malas sikitt.. Sikit jakk laa.. hehee ^_^ .. fuhhh ! Badan yg berisi nii pun + berisi lagi = GEMUK laaa . Tapii ndaa la gumuk sangad ! ngahaha :D 

Keluar rumah ? haha . Pika nii bkan slalu kluar rmh (kcuali p kedai laa atau klau ada yg prlu) hehe . Jalan2 ? klau jlan2 p K.K tu ada laa(erkk -_- kluar rmh jg tuu). Jalan2 kat , d mana lg klau bkn d CP . hoho , Pika pun xtaw apa yg bagus di sana tuu :) Klau bkn d CP , Pika p Anjung .. hehh ! Jalan2 sama BFF ! Jalan2 sama BF ! oPpss ! heheh ;) 

Hermmm.. Lesen motor ?! erkk ! sii bapa mau Pika ambil lesen motor supaya Pika jd 'MINAH REMPIT'! haha ndaa laaa... BL1M :) Tengkiu ! Lesen kreta pula ? hikhik .. Pika blum berani bawa keta laa , so bwt pa maw ambik :) . ermmmm ...

Sekian dan Terima Kasih :)

I LOVE MY BABYBOY 





Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Thursday, February 7, 2013

Share !


Wuaa ! lamanya tidak On9 .. Apa khabar kamu ?  Rindu pula Pika sama blog yg x seberapa ni . :D Hihi . Kali ni Pika maw kongsi pnglaman kerja sebulan . Tujuan Pika kerja ni pun just untuk cari pengalaman jaa , sementara mnunggu result kluar ...

Kerja sebulan nii b'mksud > kerja selama 1 bulan jaa .. Heeee !
Kerja yg Pika buat nii sangat mncabar ! (mncabar laa sngat) -_- .. Pika jd promoter dan jumpa org sana sini . Kerja jd prmoter ni mmang sronok , tp penat !

1st msuk kerja Pika kena bawa promote di Putatan . huhuuu memang seronok jg laa :) buddy Pika tym tu dua2 lelaki (Khai & Adi) . hehehe .. Pika kena ajar 5step n 8step sbb lpas plang 'opis' nnt Pika akn di bagi ujian lg .. harhar

Pika mmang malu jg la jd promoter nii , sebab bila Pika t'kena di Centre Point (CP) bnyk kwan yg Pika kenal n kenal Pika d sana ... Bila nmpak drang jaa mesti Pika smbunyi ! haha . Tp smua tu smentara jaa , sbb Pika penat klau hari2 maw smbunyi dari drang . hehe jd prmter ni bkannya memalukan sngat jg . Jd prmter nii dpt mnjadikan Pika lbih berani untuk b' jumpa dgn orng rmai n b'ckp dgn org rmai .. SEBAB Pika nii bkn seorang yg suka jmpa bnyak org n b'ckp dgn org yg x dikenali  ..

Pendekkan cerita ...

Setelah berhari-hari jd prmter akhirnya Pika jd SP (Special Project) . SP ni mcm buat prmter tnpa leader , so msti pndai handle smua p'tnyaan cust . huhuhu ! Tp tnpa lder pun kmi boleh buat BAH :) tp Pika xdpt truskan suma tu sbb Pika mau brhenti sdh .. :D
Hermmm .. Tu jak laa yg Pika mau crita .. -_- malass mau crta pnjang-II heee ! so Pika share gmbar tym b'gilaa jaaa laa :)





Pelik btul muka drang tuh ! -_-




Liza & Mama Rita




Khai , Liza , Adi , Mas & Kyna















Aziz , Kyna & Adi




Fatin & Khai-yu


Mas , Khai , Lazim , Rita , Jorham & Lan




Dari hjung .. Yvonne , DK , Liza , Pika , Adi , Khai-yu , kyna & Fatin



Gmbr tu jaa yg ada tmpt Pika , yg lain blum mnta lagii . :D bye !

Happy !







Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Tuesday, January 1, 2013

Happy 2013 to Everyone !

Selamat Tahun Baru !


Good bye 2012 ! and Welcome 2013 ! :) . Ada azam baru ? bagus laaa :) . May all your wish will come true in this blissful year of  2013 . Insyaallah .. :)

MAY ALLAH BLESS YOU ALL










Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Friday, December 28, 2012

Music is in my soul , but ......


Music is in my soul , but .....

Pika minat dengan muzik sewaktu berumur 10thn . Pengetahuan pika tentang muzik masa tu sangat laa 'cetek' , sebab pika fikir muzik nii sekadar untuk nyanyi2 jaa . (heee , malunyaa) . Asal kelas muzik mula jaa pika mesti jadii orang pertama sampai ke kelas tu (yaa kaa ?)what ever laa .. Dalam kelas muzik tu cikgu mesti ajar Do Re Mi Fa So La Ti Do . Then , dia pasang lagu untuk kamii b'karaoke . Haha , tu sebab laa pika suka kelas muzik masa tu . Pika nii suka menyanyii walaupun suara macam $%!*&@#!? heeee . Cikgu tu pernah buat ujibakat untuk bintang kecil di sekolah .. waaaa ! masa tu AKU laa yang teruja sangat ! HAHAH ! sumaa 'disc' pika bawa lari dari rumah tanpa pengetahuan 'my mother n my father' hihihihi , sebab klau diorang tau jaa mesti x dibenarkan punya . hihihih  TAPI ! huhuhuhuhuhuhuhu !  ..  Uwaaaaa ! masa audition tu ....  THIS IS NOT FAIR ! heee , pika x kena pilih laaa . huhhh , so sad tym tuu . Tapii xpaa laa , mungkin bukan nasib pikaa . heheheh ! . Cikgu tu jg kurang mengajar kamii dalam main peralatan muzik (main tu main jg tapi bkan selalu) , dia cuma suruh kitaorang lukis peralatan muzik dan not2 jaa . Kesiannn :) .. Kalau bab2 melukis nii pika kurang bagus tapi sangat bagus (pelik) . Al maklum laaa . hihihi .. Kalau bab mewarna pulaa , pika cepat bosan ! xtau laa kenapa . 

Semasa  berada di alam sekolah menengah (form 1) , pika memilih untuk mengambil kelas muzik . Huhh ! darjah2 dulu x sama dengan menengah , menengah belajar buat lirik sendiri . Cikgu ajar cara guna rekoder dan cara letak tangan dengan betul semasa main .. Jyeah ! berjaya jg main benda tu . Waa ! bangga terus pika masa tuu . Tapi , pika kurang suka dengan cara guru yang mengajar tu ! kasar sangat ! Nak tau kasar macam mana ? huhh ! cikgu tu pernah tolak kepala pika , sebab xtengok dia mengajar masa tu . heee , salah pika jg kan .. tapii jangan laa sampai nak tolak kepala ! PANTANG BETUL AKU ! 'my mother n my father' pun x pernah buat macam tuu . Lagipun masa tu pika tengah siapkan kerja yang dia bg .. hermmm .. Cikgu tuu mengajar kamii dari ting.1-ting.2 jaa .

Ketika berada di ting.3 guru yang mengajar  muzik tu telah bertukar menjadi 'Power Rangers' . Erkk , i mean guru tu x m'ngajar kami lagi dan telah di ganti dengan guru lain (bagusbagus) senangnya hatii ! guru pengganti yang baru nii sangat baik (boleh laa) . 

Form 4 ? hehe ! pika pilih kelas yg ada muzik :D . waaa ! excited ! . Kawan pika yang sepatutnya masuk kelas sains tulen tuu jg sanggup ambil aliran macam pikaa , sebab subjek 'muzik' jaa ? . heeee .. hebat2 ! 
Masa form 4 nii , pika masih t'ruja untuk b'main muzik . Macam2 sudah cikgu tu ajar , buat tauge pun ada . Main 'keyboard' , angklung n sebagainya laa . Handle pentas pun sdh (untuk markah + spm) . Koir peringkat sekolah pika ikut and macam2 laa . Memang seronok laaa ^_^ sampai kata music is in my soul ! 

But .... bila dah form 5 , pika jadi kurang minat dalam muzik ? huh ! how can be like that ? . Pika kurang ingat dengat not2 yg telah di ajar dan cepat bosan ! mengantuk ! bila cikgu tu mengajar . Pika jd tidak suka dengan guru yg mengajar tu , pika jarang masuk kelas tambahan yang di buat , bila ada perjumpaan pika buat banyak alasan untuk tidak masuk dalam kelas tu . i don't know why ? . Pika juga malas buat kerja folio untuk SPM . Cikgu tuu banyak m'beri pika semangat dalam muzik , tapii pika ? hermm . Sampai laa satu ary tu t'lintas dalam fikiran pika untuk menyingkirkan subjek tersebut . hermmmm . Tu jaa laaa :)
 Don't B♭ and 2# but 2B♮ 
P/s : Kalau tahu simbol tu , mesti faham punya  :)
Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Thursday, December 27, 2012

Perkara yang patut di jauhi sebelum tidur dan perkara yang perlu sebelum tidur


Woaa :O , mengantuk laaa . Yumyum ! hehe 
Sebelum tidur pika akan MAKAN COKLAT ! Selepas tuu , pegi katil .. Terus tidur ! chewah ! hehe . Joke* ==' . Okee laa Pikaa mau share tentang perkara2 sebelum tidur ! yang pikaa TERbaca sewaktu tengah BW  tadii .. 

Sebelum tidur , pastikan telefon bimbit berada jauh darii tempat tidur . SEBAB meletakkan telefon bimbit bersebelahan dengan kita ketika tidur sangat laa TIDAK digalakkan . Walaupun ada diantara kita menggunakannya sebagai alat penggera . KERANA ia akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan . 

Pastikan anda tidak tidur dengan mekap yang masih melekat . SEBAB ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang . Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas  dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya . Anda juga mungkin akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena . 

Jangan tidur dengan coli . Bagi perempuan pula , anda tidak digalakkan tidur dengan memakai coli KERANA ia dikhuatiri menyebabkan barah  payudara melalui kajian yang dijalankan oleh sainstis Amerika . Memakai bra melebihi 12 jam adalah berisiko .

Jangan tidur dengan seluar dalam . Bagi lelaki pula , tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur . Seeloknya pakai lerr 'boxer' yang longgar dan selesa .

Jangan tidur tanpa SEURAT BENANG . Hal ini juga penting kerana jika pada ketika anda tidur berlaku sebarang kemalangan / kecemasan bukankah ia memudaratkan anda ? :)


Antara Sunnah-Sunnah Nabi SAW sebelum , ketika dan selepas tidur :

Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur . Ramai yang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah SWT janjikan adalah syurga .

Jangan tidur menghadap kaki arah kiblat (Ini adalah kedudukan orang yang telah mati)

Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah (sekiranya dia mati malam itu) dia akan di kira sebagai mati syahid . Apa itu Tasbih Fatimah ? -Subhanallah 33x , Alhamdulillah 33x , Allahuakbar 33x-

Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu seluruh badan untuk menghindar sihir dan niat jahat manusia . 

Ambil wuduk sebelum tidur dan solat sunat Taubat 2 rakaat .

Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur (bangun tidur boleh buka semula fail)

Tidur cara Rasulullah SAW dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi .

Harap kita dapat mengamalkan perkara yang bermanfaat dalam hidup kita 

P/s : Mengantuk sangat laa ! hehe . Assalammualaikum !  
Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Saturday, December 22, 2012

What Lips Say About Your Health


The Lips are often associated with beauty but their condition can also speak volumes about your general health . Here are the problems to watch out for :

Cracked lips
*example picture*

Cracks at the side of the mouth (angular cheilities) are sometimes due to anaema , which occurs when there is a shortage of iron in the body .
Cracks can also be a sign of diabetes , because the high level of blood glucose which accompanies the diease encourages the growth of candida , a yeast-like infection which typically attacks the thin dermis at the corners of the mouth .


*example picture*

This can be a strong indicator of poor health . Swollen lips are sometimes caused by Crohn's dieases , which normally causes swelling in the bowel but can inflame the lymph ducts at any point in the body . Swollen lips can also indicate a food sensitivy .

*example picture*

Persistently sore , chapped lips can indicate an allergy . This can swell the lips slightly , which causes the skin to crack and peel . the irritant could be anything from dentist's gloves to lipstick or peanuts . Pay attention to your cosmetics and consider an allergy test .


This is another allergy symptom , increasingly caused by the high consumption of carbonated drinks . Doctors report seeing more people who have developed an allergy to the benzoic acid content of fizzy drinks and toothpaste , probably because they are consuming them in greater quantities .


*example picture*

Cold sores are caused when there is a reactivation of the herpes virus . Once you have contracted the virus it never leaves your body , and recurrent cold sores are usually a sign that your immune system has been laid low . It can also point to a poor diet . Any sore that lasts longer than 15 days should be checked by a doctor.



*example picture*

Heart conditions and lug problems both affect the amount of oxygen being carried in the blood , and when this level drops significantly the lips take on a bluish tone , instead of a healthy deep pink . Pale pink lips are a common side-effect of anaemia .



*example picture*

This is often what is known as 'Lick Eczema' . The skin on the lips contains fewer sebaceous glands than the rest of the skin and so is prone to dying out faster than other areas.
When children or adults lick their lips excessively they dry out the few oils there are , leaving the tissue and area around the mouth dry and vulnerable to infections . Try applying Vaseline to the area and give up the habit .


by LUCY ELKINS

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Sunday, December 9, 2012

Sedekah

Wara Kata : Sedekah adalah perkataan yang berasal dari bahasa Arab , iaitu sadaqah yang turut diguna pakai dalam bahasa Melayu . Menderma , membelanjakan wang atau memberikan sesuatu kepada pihak lain dengan hati yang ikhlas , tanpa mengharapkan sebarang imbalan juga diertikan sebagai sedekah .


Pernyataan "Tangan yang di atas lebih muflis daripada tangan yang di bawah" merujuk kepada firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 261; "Bandingan (pemberian iaitu tangan diatas) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah , sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai , tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji . Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kunia-Nya , lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."
Tahukah kita dengan bersedekah , seseorang itu boleh mengurangkan bebanan penyakit yang di tanggungnya? Selain itu , tidak mustahil dengan bersedekah seseorang itu akan sembuh daripada penyakitnya.
Saidina Ali r.a pernah berkata; "Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan , maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang . Sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokkan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan itu akan terus kekal."

Wadah Siswa



Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Saturday, December 8, 2012

Tahukah Anda ? (2)

Bentuk 



Orang yang gemar kepada bentuk segi empat , tidak kiralah sama ada segi empat tepat atau sama , sebenarnya mereka lebih bersikap diktator , memerintah tetapi tidak gemar di perintah . Banyak pengikut tetapi tidak ramai peminat . Biasanya kaum lelaki yang gemar dengan betuk ini . 

Orang yang gemar dengan bentuk bulat atau separuh bulat , sebenarnya mereka lebih bersifat toleran , boleh bekerjasama , boleh memerintah dan di perintah . Tetapi apabila memerintah mereka lebih suka memuaskan perasaan sendiri tanpa memikiran kesannya untuk jangka panjang . Biasanya mereka yang memilih bentuk ini kaya dengan kasih sayang dan kuat semangat kejiranan . Bagi mereka muafakat membawa berkat . Bentuk ini biasanya di gemari oleh kaum wanita dan lelaki berjiwa seni . 

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Tahukah Anda ? (1)

Paras Rupa 



Rupa paras muka juga b'bentuk , menurut pakar psikologi rupa bentuk muka juga akan m'gambarkan sifat , sikap dan keperibadian individu itu . Sekiranya bentuk muka seseorang itu bujur sirih , kelihatan panjang atau lonjong m'berikan gambaran bahawa seseorang itu sentiasa b'kerja keras , bijak menangani masalah kewangan , memiliki sikap gigih yang luar biasa , memiliki perancangan hidup yang sangat jelas , ada kalanya agak ego .

Begitu juga bulat dan sering di kaitkan dengan faktor ketembamam m'bawa maksud , dia adalah seorang yang peramah , berperwatakan ceria dan bijak b'komunikasi , namun begitu gemar m'buat sesuatu k'putusan m'ngikut kata hati .

Bersegi , b'bentuk kotak atau kelihatan b'bentuk seperti empat segi m'bawa maksud bahawa s'seorang itu aktif dan gemarkan aktiviti yang b'kaitan dengan sukan , agresif dan b'cita-cita tinggi , m'miliki daya ingatan yang tajam , namun agak lembab dalam urusan cinta .

Segi tiga atau lebar dahi besar b'banding bahagian wajahnya yang lain m'bawa konotasi bahawa dia ialah seorang yang cerdik , pantas dalam melakukan sesuatu tugasan , terlalu aktif dan tidak tahu duduk diam , namun agak kurang gemar m'mikirkan soal kesihatan diri .


Sumber rujukan dari WADAH SISWA 

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...