Today Pika mau share tentang kebaikan dan kelebihan air kosong / mineral / masak & apa2 jak laa asalkan air tu putih / jernih . ngahaha . Berikut adalah 8 sebab-sebabnya :)
1. Menguruskan Badan
-Yeah , ini khabar gembira buat wanita wanita yang ingin mengurangkan berat badan atau tengah berdiet . Ini kerana , air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita .
2. Meningkatkan Kesuburan
-Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa .
3. Melancarkan Sistem Pencernaan
-Minum air putih dalam kuantiti 8 gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan . Ia dapat menghindar dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien .
4. Melambatkan Proses Pertumbuhan Zat yang Menyebabkan Kanser
-Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal .
5. Perawatan Kecantikkan
-Kekurangan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air , sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut .
6. Tubuh Lebih Segar dan Sihat
-Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersih tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh . Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air . Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam tubuh manusia .
7. Menyihatkan Jantung
-Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan jantung . Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih .
8. Ubat kepada Penyakit Strok
-Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit kulit , namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh . Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan .
AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT
Kajian para sainstis mendapati amalan meminum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi menpunyai manfaat . Japanese Medical Society , misalnya berjaya membuktikan kes-kes tertentu . Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius .
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ialah sakit kepala , sakit-sakit badan , sistem jantung , arthristis , degupan jantung yang pantas , epilepsy , lemak berlebihan , bronchitis , tibi , meningitis , buah pinggang , daan jangkitan pada air kencing .
Bagaimanapun , amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu meningkatkan beberapa peraturan untuk memastika kebersanannya .
1. Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi .
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama 45minit .
3. Selepas 45minit anda boleh makan dan minum seperti biasa .
4. Selepas 15minit mengambil sarapan , makan tengah hari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh 2jam .
5. Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum 4 gelas sekaligus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai 4 gelas sehari .
6. Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu .
- Tekanan darah tinggi 30 hari
- Gastrik 10 hari
- Diabetis 30 hari
- Sembelit 10 hari
- Kanser 18 hari
- Tibi 90 hari
Berusahalah tidur lena . Jangan tidur pada lewat malam :) Sumber :)