Friday, September 13, 2013

Kisah Benar Seorang Tukang Gunting Rambut Yang Menyeramkan


Pada awal kurun ke 19 , ada sebuah kedai gunting rambut . Kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki . Setiap hari tauke kedai ini akan duduk di hadapan kedainya dan bertanya kepada orang lalu lalang , "Mahu potong kepala?" Kebanyakkan yang terdengar hanya akan tersenyum . Sesiapa yang menjawab , "Tak lah , saya nak potong rambut" akan terselamat .

Tetapi bagi mereka yang menjawap "Ya" dan menganggap si tukang gunting rambut bergurau akan menerima nasib malang . Sesudah disiapkan di atas gunting rambut , dipakaikan kain alas untuk di mengelakkan rambut jatuh di atas baju , si tukang gunting rambut akan menyuntikkan ubat Anesthesia secara rahsia kepada mangsa . Ubat ini akan menyebabkan mangsa menjadi kebas/lumpuh dan tidak merasa sebarang kesakitan . Tukang gunting akan perlahan-lahan menghiris bahagian atas kepala mangsa hingga menampakkan otak .

Mangsa yang tidak boleh bergerak dan tidak akan merasa apa-apa . Tidak boleh menjerit dan hanya mampu melihat dirinya diseksa oleh tukang gunting yang kejam itu . mangsa juga boleh mendengar jelas bunyi hirisan pisau di kepalanya dan bunyi tukang gunting rambut mengoyakkan lapisan kulit kepalanya dengan perlahan-lahan dan ia kedengaran seperti mengoyak kain .

Sehinggalah sebahagian daripada tengkorak sudah dipotong dan menampakkan otak , barulah kesan Anesthesia tadi beransur-ansur hilang dan kesakitan akan mulai terasa . Pada saat itu tukang gunting akan merentap otak mangsa dengan kuat dan mangsa akan mati dalam kesakitan yang amat sangat .

Sumber: Takmungkinbenar


Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...