Seperti mana yang kita tahu Islam itu adalah agama Jalan Kehidupan yang mengajar dan menunjukkan kepada kita cara-cara untuk menjadi dan menjalani kehidupan seharian sebagai seorang yang berjaya . Tetapi sayangnya kita tidak mengetahuinya kerana kita lebih mengagungkan kehebatan dan panduan yang diberi oleh agama atau bangsa lain padahal Islam itu sudah lama ada dan diakui ramai . Renungkan dan selamat beramal .
3. Mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara .
4. Bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta .
5. Menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan janji dan jangan sekali-kali anda memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun .
6. Bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab) .
7. Bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara .
8. Bersifat pemalu , halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk .
9. Berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara dan jangan anda melupakan kebaikan orang lain kerana marah dan janganlah kerana sayang .
10. Bersifat belas kasihan , pemurah dan bertolak-ansur
11. Boleh membaca dan menulis dengan baik dan sentiasa banyak mengulang kaji subjek subjek yang berkaitan . Seboleh - bolehnya hendaklah memiliki (perpustakaan) sendiri walaupun kecil .
12. Berhati-hati supaya dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh amanah tentang kelicinan dan kehalusan pekerjaannya .
13. Menuntut hak-hak anda dengan cara yang baik dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna .
14. Menyumbangkan harta anda untuk dakwah kita .
15. Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam sebaliknya mematikan adat-adat asing dalam semua kelapangan hidup .
16. Sentiasa merasai diri berada di bawah pengawasan Allah SWT , mengingati hari akhirat dan bersedia untuknya , dan hendaklah mempertingkatkan perjalanan hidup ke peringkat yang lebih tinggi dalam mendapatkan keredaan Allah dengan keazaman yang kuat .
17. Melakukan dengan baik apabila bersuci (iaitu berwuduk dengan cara menyempurnakan segala syarat rukunnya) dan hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk .
18. Mengerjakan sembahyang dengan cara yang betul (iaitu menyempurnakan syarat dan rukun-rukunnya) dan menunaikannya pada waktu-waktunya dengan mengutamakan sembahyang berjemaah dan sembahyang di masjid seboleh yang mungkin .
19. Sentiasa berada di dalam keadaan niat berjuang kerana Allah SWT .
20. Sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan , menjauhkan diri dari dosa-dosa besar .
21. Janganlah membazirkan masa walaupun sedikit kepada perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubhah dan samar-samar hukumnya .
22. Bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu anda sehingga mampu mengendalikannya . Anda mestilah menjaga penglihatan dan kuasailah keinginan naluri dengan cara mengarahkannya kepada perkara-perkara yang halal .
23. Melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada fikrah perjuangan saudara terutama jika saudara disuruh berbuat demikian dengan kumpulan seperti itu .
thank you share :)
ReplyDelete