Jerawat merupakan satu keadaan kulit menjadi merah , ruam , bahkan iritasi . Keadaan ini boleh terjadi kepada setiap orang pada sebarang usia . Lazimnya masalah ini sering berlaku kerana perubahan fizikal dan psikologi yang ketara berkaitan dengan perkembangan tubuh seseorang .
Jerawat tidak hanya kelihatan secara fizikal seperti bintik hitam atau parut di wajah tetapi juga mempengaruhi hubungan sosial seseorang dan lingkungan persekitarannya . Selain membuat seseorang hilang keyakinan diri , jerawat juga boleh membuat seseorang tertekan . Terdapat dua jenis jerawat berdasarkan bentuknya yang perlu anda ketahui .
1. Radang Jerawat
- Radang jerawat merupakan bintik yang terbuka daripada hasil pembesaran bintik hitam yang terbentuk dari sel-sel minyak dan kulit di dalam folikel rambut . Folikel rambut yang terbuka akan menghasilkan bintik hitam . warna gelap tidak menandakan bahawa terdapat kotoran di dalam pori-pori . Sebaliknya minyak di dalam pori-pori yang menjadi kotor setelah terdedah udara luar .
Bintik tertutup terbentuk jika pori folikel rambut tetap tertutup atau bintik putih tidak terkena udara luar dan tidak menimbulkan perubahan warna . Bintik hitam tertutup atau bintik putih tidak terkena udara luar dan tidak menimbulkan perubahan warna . Bintik bhitan tertutup hanya muncul sebagai benjolan kecil atau kadang-kadang berwarna merah muda pada kulit .
2. Jerawat Inflamasi
- Terdiri dari jerawat merah yang disebut papules dan pustules , serta jerawat yang lebih besar dan membengkak yang dikenal sebagai nodular . Papules ialah bintik hitam tertutup yang berwarna merah , bengkak dan meradang . Pustules ialah bintik hitam tertutup yang meradang dan mulai pecah dan membentuk pustular dari pelbagai ukuran . Manakala nodular berbentuk sangat besar , kenyal , bengkak yang kemudian meradang dan pecah di bawh kulit . Jika tidak dirawat , ia menyebabkan parut yang mendalam .
MITOS MENGENAI JERAWAT
- Jerawat timbul kerana malas mencuci wajah .
- Jerawat timbul tidak disebabkan oleh kerana terdapat banyak kotoran pada kulit atau pori-pori . Malah jika anda terlalu membersihkan wajah , membuatkan keadaan jerawat bertambah buruk .
- Jerawat disebabkan oleh makanan segera , coklat dan makanan berlemak .
KENALI PUNCA JERAWAT
Oleh itu , anda harus mengetahui beberapa perkara menyebabkan timbulnya jerawat agar dapat memperbetulkan mitos yang salah mengenai masalah kulit ini . Berikut antara faktor yang menyumbang kepada masalah jerawat .
1. Propionibacterium acnes
- Bakteria jenis ini hidup di folikel kulit rambut menghasilkan zat yang menyebabkan kemerahan dan radang . Bakteria ini juga membuat enzim yang melarutkan sebum dari kelenjar minyak pada kulit hingga ia meradang dengan teruk lagi .
2.Hormon androgen
- Hormon androgen yang terdapat pada lelaki dan wanita tetapi melebihi kepada lelaki . Androgen melakukan dua perkara iaitu membesarkan kelenjar sebaceous pada kulit dan meningkatkan penghasilan sebum dari kelenjar sebaceous . Peningkatan sebelum dapat memburukkan pembentukkan jerawat yang berfungsi sebagai makanan kepada bakteria .
3.Hormon estrogen
- Merupakan hormon wanita . Kehadiran haid seseorang wanita terjadi kerana adanya perubahan kadar estrogrn ini . Ini antara faktor kehadiran jerawat pada wanita apabila didatangi haid .
4.Genetik
- Beberapa orang percaya bahawa jerawat tumbuh disebabkan kerana faktor genetik . Namun penelitian mengenai fakta ini masih belum ditemui .
5. Anatomi folikek rambut
- Folikel rambut ada pada hampir semua kulit kecuali telapak tangan dan kaki . Di dalam folikel , rambut memanjang naik daripada lapisan dalam kulit dan keluar melalui pori . Pada permukaan , kelenjar minyak (sebaceous gland) memasuki folikel rambut dan sebum menyumbat kulit dan memberikan penghalang pelindung untuk mencegah kulit kering . Jumlah kelenjar sebaceous yang sangat besar terdapat di kulit wajah , dada dan punggung . Inilah menjadikan jerawat cenderung tumbuh hingga di bahagian ini .
BILA HARUS BERTEMU DOKTOR ?
Tidak ada kajian khusus yang dilakukan bagi mendiagnosis atau mengubati jerawat . Namun apabila jerawat tidak sembuh , meski sudah dirawat dengan ubatan yang dibeli , periksa dengan segera jerawat anda .
Ketika memeriksa jerawat , doktor akan melakukan pemeriksaan hormon atau ujian darah sebelum memberikan beberapa ubatan . Berikut ciri yang perlu dirujuk kepada doktor atau pakar kulit .
- Individu dengan jerawat yang parah atau sudah memiliki parut di wajah .
- Wanita dengan jerawat yang menghasilkan rambut pada wajah .
- Wanita yang memiliki menstruasi tidak teratur .
- Jerawat yang tiba-tiba muncul dan memburuk dalam waktu singkat serta disertai demam dan pembengkakan parah . Ini boleh terjadi tanda-tanda jangkitan kulit yang serius .
Jika anda berjerawat dan memiliki tanda-tanda seperti disebut , sebaiknya segera bertemu doktor untuk rawatan selanjutnya . Jangan tunggu sehingga parah .
No comments:
Post a Comment