Sunday, September 22, 2013

Wajah Remaja Menyerupai Seperti Wajah Usia 110 Tahun ?



FIKIRAN dan JIWAnya masih seperti seorang remaja lelaki berumur 14 tahun , namun jika dilihat dari sudut fizikal , Ali Hussain sebenarnya sudah melewati usia 110 tahun .

Dipetik dari MailOnline , Ali yang dibesarkan di wilayah miskin Bihar , India , disahkan menghidapi sejenis sindrom genetik Progeria dan memperlihatkan fizikalnya lapan kali ganda lebih tua berbanding umur sebenar .

Dua abang dan tiga adik beradik Ali , telah meninggal dunia pabila penyakit genetik yang menjejaskan 80 orang seluruh dunia membunuh mereka .

Progeria adalah sejenis sindrom yang menyebabkan seseorang itu mengalami proses penuaan secara pantas sekali gus memudahkannya dijangkiti artritis , masalah mata , penyakit jantung dan botak .

Jangka hayat penyakit juga amat pendek iaitu antara 14 tahun hingga 20-an .

Bagaimanapun , Ali yang hanya memiliki berat 10 kilogram , tidak berputus asa selepas mengetahui tempoh hayatnya itu , dan berharap ubat yang diambilnya setiap hari dapat memanjangkan usia dan kesihatannya bertambah baik .

"Saya berharap dapat hidup dengan lebih lama dan saya sebenarnya tidak takut mati tetapi bimbang sekiranya ia berlaku , ibi bapa saya pasti terseksa kerana lima saudara saya telah pergi kerana penyakit yang sama ," katanya .

Progeria  akibat perkahwinan sepupu ?

Ibu bapa Ali , Nabi Hussain Khan , 50 , dan Razia , 46 , memiliki pertalian darah iaitu sepupu rapat serta dikahwinkan oleh keluarga masing-masing kira-kira 32 tahun lalu .

Sepanjang perkahwinan , pasangan itu telah berhadapan kesedihan apabila empat anak mereka , Rehana , Iqramul , Gudiya dan Rubina meninggal akibat penyakit genetik itu ketika melewati usia 12 tahun dan 24 tahun .

Anak kelima mereka , juga  mengalami nasib yang sama apabila disahkan meninggal dunia hanya dalam tempoh 24 jam selepas mereka dilahirkan dan dipercayai akibat Progeria .

"Rehana yang dilahirkan pada 1983 , kelihatan sangat sihat dan normal .

"Kami pun tidak mengesyaki dia mengalami apa-apa penyakit . Tetapi ia mula dikesan ketika Rehana berusia dua tahun . 

"Dia tidak dapat makan dan berjalan seperti kanak-kanak normal ," kata Nabi

Dua tahun kemudian , pasangan itu sekali lagi melahirkan anak lelaki iaitu Iqramul dan mengalami penyakit yang sama .

"Doktor gagal mengesan penyakit itu ketika mereka masih bayi dan tiada sebarang ubat yang dapat membantu mereka kerana kami tidak mampu .

"Ketika itu , jika doktor memberitahu anak-anak kami menghidapi Progeria yang disebabkan oleh masalah genetik , tentu sekali kami tidak melahirkan anak lagi ," kata Nabi .

Dalam 1995 , pasangan malang itu mendapat jawapan dan doktor di Kolkata mengesahkan keempat-empat anak mereka menghidapi Progeria selain tiada penawar .


Masalah genetik dalam keluarga Ali 

- Nabi dan Razia dikurniakan lapan orang anak dan enam daripadanya menghidapi Progeria .
- Anak pertama , Rehana , dilahirkan pada 1983 meninggal dunia ketika berumur 24 tahun dalam 2007 .
- Anak kedua , Iqramul dilahirkan pada 1987 , menemui ajal kerana penyakit sama pada usia 22 tahun   dalam 2009 .
- Gudiya yang dilahirkan pada 1989 , turut meninggal dunia atas sebab sama pada usia 15 tahun dalam 2004 .
- Anak keempat , Rubina meninggal pada usia 12 tahun dalam 1992 .
- Dua anak perempuan pasangan ini , Sanjeeda , 20 dan Chanda , 10 , disahkan sihat .






Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...