Thursday, April 18, 2013

Bahaya Tidur Selepas Subuh


Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya . Akan tetapi , pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini . Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja , melakukan ketaatan dan beribadah  , ternyata dipergunakan untuk tidur dan bermalas-malasan .

Saudaraku , ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi . Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan mereka merasa malas serta membuang-buang waktu . Beliau rahimahullah mengatakan ,

"Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan . Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan."

Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :

1. Tidur ketika perlu tidur 
2. Tidur di awal malam - ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam . 
3. Tidur di pertengahan siang - ini lebih bermanfaat daripada daripada tidur di waktu pagi dan petang . Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan , lebih-lebih lagi tidur diwaktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman .

Menurut para salaf , tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit . Kerana pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah) . Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar , menurut orang-orang soleh . Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalaman suntuk , mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari . Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan)." (Madarijus Salikin , 1/457 , Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI 

[Pertama] 
Tdak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah .

[Kedua]
Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini) , bahkan merupakan perbuatan yang dibenci .

[Ketiga]
Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya .

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim . Beliau rahimullah berkata ,
"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya" 
(Miftah Daris Sa'adah ,  2/216). 
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua . Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur , maka di petang harinya dia juga malas-malasan pula .

[Kelima]
Menghambat datangnya rezeki 

Ibnul Qayyim berkata ,
"Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah :-
1). Tidur di waktu pagi 
2). Sedikit solat 
3). Malas-malasan dan
4). Berkhianat 
(Zaadul Ma'ad ,  4/378)

[Keenam]
Menyebabkan berbagai penyakit badan , di antaranya adalah melemahkan syahwat .
Zaadul Ma'ad , 4/222

P/s : hurmm , nasib baik Pika t'baca artikel nii . Pika nii slpas solat sbuh jak trus tdur . heee (kadang2 jak laa) . 















Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Tuesday, April 16, 2013

Sahabat :)


Langit tak selalu cerah , cinta tak selalu indah .

"Aku tidak pandai berterus-terang , dan kau lemah dalam mentafsir.."

Hati lain-lain walau hakikatnya rambut sama hitam . Dia fikir lain , aku fikir lain . Walau kadangkala ada persamaan yang ketara , tetap juga gigi tergigit lidah . Padahal bukankah gigi dan lidah berada di tempat yang sama , bagai belangkas tidak terpisah . Sama juga ragam manusia . Persahabatan tidak selamanya kukuh , adakalanya diuji dan teruji . Tapi kita tetap berbeza , walau ada persamaan . Hati manusia , siapa tahu ?

Kadangkala niat bergurau , mungkin tanpa sedar hatinya terguris . Kadangkala dalam menegur , siapa tahu hatinya terlalu rapuh ? kadangkala dalam berbicara , ketegasan kita mungkin membuatkan hati tersinggung ? Oh , manusia ternyata memang berbeza walau kita fikir "aku" dan "dia" sefikrah !

Yang pasti hati pernah terguris . Pernah melukai dan di lukai . Kita tetap manusia biasa , punya salah tanpa sedar . Ada khilaf . Belajar untuk memberi dan menerima , maka hati pasti akan terubat . Bermuhasabah seketika , maka hati akan tenang . Manusia dicipta Allah punya sikap dan tingkahlaku berbeza . Inilah uniknya ciptaan Allah . Sikap diri , mungkin kurang disenangi . Tingkahlaku dia mungkin kurang disukai . Namun , dengan menyadari bahawa itu keunikan , kelebihan dan kekurangan manusia , maka tanpa sedar perlahan-lahan kita akan menerimanya dengan hati terbuka . Menerimanya dengan hati rela , kerana secara semulajadinya itu sikap dan keunikan . Menghargai seikhlasnya sikap dan perbuatannya selagi tidak bertentangan dengan syar'ie . Sungguh , indahnya memberi pada masa yang sama menerima ! 

Andai sama-sama memberi dan menerima , kurangkan suuzzhon , elakkan prasangka , pastinya kegemilangan ISLAM akan tertegak .

"Hai orang-orang yang beriman , jauhilah kebanyakan dari prasangka , sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain . Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati ? maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya . Dan bertawakalah kepada Allah . Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyanyang ."-(Al-Hujurat:12)

Lenturkan ego , sebarkan salam . Elakkan permusuhan , jauhkan hasad dengki . Bergeraklah bersama , majulah ummah ! Laksanakan Muhajirin  dan Ansor yang hati mereka disatukan . Allah melembutkan hati-hati mereka , hingga jadilah mereka orang yang bertaqwa dan beriman .

Kekuatanmu , kekuatanku 
Kemenanganmu , kemenanganku 
Perjuanganmu , perjuanganku 
Tuhanmu , Tuhanku 
Aku menyanyangimu kerana Allah .

Dan orang-orang yang datang sesudah mereka Muhajirin dan Ansar , mereka berdoa 

"Ya Tuhan kami , beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman terlebih dahulu daripada kami , dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman . Ya Tuhan kami , sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyanyang ,"-(Al-Hasyr:10)










Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Tuesday, April 2, 2013

Doa dan Tips menghilangkan rasa marah dalam Islam


Actually , Pika nii tengah cari2 tips untuk menghilangkan rasa marah dan doa untuk menghilangkan rasa marah . Pika nii sebenarnya tengah marah . Lagipun sikap marah nii  memang sedia ada dalam diri setiap manusia kan ? yang bezanya adalah cara mengawalnya . It's not unusual but it's normal .  So , Pika pun search laa di google untuk carii suma tu . Alhamdulillah Pika jumpa juga doa dan tips tu :) so let's share ! ^^



Doa hilangkan rasa marah merupakan doa yang elok untuk diamalkan . Lebih-lebih lagi kalau syaitan menguasai diri . Doa tu sangat-sangat pendek dan tidak mustahil untuk kita hafal ayat tu kan ? Insyaallah kita akan rasa tenang dan kemarahan tersebut akan beransur-ansur hilang . 

Tips menghilangkan rasa marah dalam islam 

1) Ubah posisi duduk 
Apabila  kita sedang marah eloklah kita ubah posisi kedudukan kita . Contohnya bila marah dalam keadaan berdiri eloklah kita duduk supaya reda sikit marahnya tu . Seperti sabda Rasulullah SAW ,

"Apabila salah seorang daripada kamu marah , dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri maka hendaklah ia duduk . Kerana hal itu akan menghilang marahnya . Dan kalau tidak , maka hendaklah ia berbaring"(Riwayat Muslim)
2) Ambil wudhuk
Berwudhuk merupakan salah satu cara untuk menghilangkan marah . Sebab ia bagaikan api dan wudhuk itu sebagai air penyiramnya .

"Marah itu datangnya dari syaitan , dan syaitan itu diciptakan dari api , sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air  . Oleh itu , apabila seorang daripada kamu marah , maka hendaklah ia berwudhuk"(Hadis riwayat Abi Daud)
3) Meminum air 
Meminum air juga boleh meredakan rasa marah . Apabila minin air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan .

4) Berdiam diri apabila marah 
Bak kata orang , diam itu lebih baik . Memang ada benarnya . Apabila kita diam bukan sahaja dapat mengawal marah maka dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar .

5) Menyampaikan kemarahan secara positif 
Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggikan suara . Tapi seeloknya kita kawal ia baik-baik . 'Try to slow talk' dan tidak memekik atau bersikap garang .

6) Calm and take a deep breath in
Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam pun bagus untuk menghilangkan rasa marah . Bila tarik nafas dalam-dalam kita dapat mengumpulkan oksigen ke otak . Otak akan rasa segar sekaligus dapat merungkai masalah dan melepaskan tekanan yang ada .

7) Keluar dari rumah 
Keluar dari rumah juga merupakan satu cara untuk menghilang rasa marah . Bila marah tu sudah tidak tertahan eloklah keluar rumah ambil angin . Dikhuatiri bila duduk rumah lain pula jadinya . 

P/s Ingatlah apabila kita sedang marah , syaitan sedang menguasai diri kita . Api marah terus disemarakkan . Andai anda seorang yang pemarah berdoalah . 
Doa mengurangkan rasa marah 


Artinya : " Aku berlindung dari kepada Allah dari syaitan terkutuk . Ya Allah , ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk" 






Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Monday, April 1, 2013

Di sebalik Tangan kanan vs Tangan kiri ..

Secara umumnya , perbezaan diantara orang yang menggunakan tangan kiri atau kanan tidaklah begitu ketara . Tetapi sekiranya faktor ini dikaji secara mendalam dan bukannya secara holistik , terdapat perbezaan yang mungkin akan membezakan diantara keduanya . Faktor ini mungkin mendorong cara mereka berfikir dimana orang yang menggunakan tangan kiri dikatakan lebih sering untuk menggunakan bahagian otak belah kiri dan sebaliknya . Berikut adalah beberapa fakta hasil kajian yang telah dilakukan oleh pakar .

Statistik - Hasil daripada kajian yang telah dilakukan , orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia . Di sebabkan faktor seperti inilah sekiranya dapat dilihat banyak peralatan dicipta  memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti . 

Punca tangan kidal - Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata . Tetapi terdapat pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik persekitaran  . Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga sahaja , terdapat juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal dalam keluarga tersebut .

Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi dalam kandungan . 

Kelebihan - Seseorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan . Selain daripada itu , daripada hasil kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St Lawrence terdapat juga orang yang menggunakan tangan kiri lebih tinggi tahap IQ nya . Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif . Selain itu , orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan . 

P/s : Pika guna tangan kanan untuk menulis dan tangan kiri untuk pakai gelang or jam :)











Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...