Thursday, October 31, 2013

Hukum menyambut Halloween

Assalammualaikum :) Pika sempat lagi main-main game halloween yang ada diatas carian google tuh :3 hihi -,-


Apa itu Halloween ? Halloween itu adalah tradisi perayaan malam 31 Oktober (nasib bukan 30 okt . hihi) di negara-negara yang berbahasa Inggeris yang dilakukan dengan pakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah orang dan meminta gula-gula atau coklat dengan berkata "Trick or treat !" . Ucapan "Treat or treat !" merupakan semacam "ugutan" yang bermaksud "Beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau." Kanak-kanak zaman sekarang biasanya tidak lagi membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi apa-apa . Sebahagian kanak-kanak masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut dengan cara "menghiasi" pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun . Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan , ahli sihir , hantu , goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat . Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut . (Kalau mahu tahu yang lebih lanjut cari lah di google) hehehe

Kalau peristiwa ni di sambut di Malaysia , sudah tentulah yang beragama Islam tidak perlu menyambutnya kerana sambutan ini diadakan untuk menyembah dan memperingati semangat , roh bagi si mati , jadi mestilah dah tahu hukumnya .



Hujah dan Dalil
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain . Kerana itu penghayatan akidah Islam , pelaksanaan ibadah , muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain . Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidan dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain . Ini berdasarkan firman Allah S.W.T :

"Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir . Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah . Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat . Bagi kamu agama kamu , dan bagi aku agamaku ."
(Al-kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu , misalnya dalam hal berpakaian , minuman , hiasan rumah , gaya hidup , penampilan dan sebagainya . Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam . Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagi tiap-tiap umat , kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan , maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu , kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus .
(Al-Hajj ayat 67)

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya , budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI oleh agama Islam . Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian .


Sesungguhnya Allah itu tuhan yang maha penerima taubat . Bersegeralah bertaubat kepada-Nya 








Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Wednesday, October 30, 2013

Today is my BIRTHDAY :D

Assalammualaikum :D wuhuu ~ Harii ni 30/10/2013 bersamaan dengan hari rabu genap sudahlah umur Pika . ahahaha . HAPPY BIRTHDAY TO ME 3x.... hmmmm x celebrte pun -_- xpaa laa yg penting happy :3  dapat wish dari kawan2 :3






nii jak laa yg smpt untk d screen cpture :) nii pun yg di tag jaa . Pika kunci wall Pika . hihihi . Lain lg klau yg di inbox dan yg di sms :D .


Google pun celebrate birthday PIKA . wkwkwkwkwkwk (xda yg lucu pun) -..-


Tadii hangout sama kawan2 (lola , sharon n yati) buat assignment jak -,- tp enjoy ! dapat tengok wayang ! weheww ! -..-

Sekian .... :3



Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Thursday, October 24, 2013

Rakaman CCTV Pegawai Bank Di tembak mati .

Ada tengok berita tadi ? 


Rakaman CCTV melibatkan kejadian pegawai bank mati ditembak yang tersebar di internet .

Petaling Jaya : Rakaman video kemera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan babak sebelum Norazita Abu Talib , pegawai operasi Ambank , di tembak mati oleh seorang pegawal keselamatan telah dimuat naik di laman Youtube .

Rakaman berdurasi 33 saat itu memaparkan keadaan ruang pejabat dengan pintu bilik kebal terbuka , di mana mangsa yang memakai baju kurung warna merah dilihat berdiri bersebelahan dengan seorang lagi rakan sekerjanya yang memakai baju warna putih .

 Kedua-dua mereka dilihat membelakangi kamera dan berhadapan dengan pintu bilik kebal .

Pada rakaman durasi 0:03 saat , kelibat Norazita tiba-tiba jatuh ke lantai , dan rakan sekerjanya dilihat menutup muka dan telinga mereka daripada bunyi tembakan .

Difahamkan mangsa ditembak muka dengan jarak kurang daripada 5 meter .

Suspek kemudiannya berlari kearah yang selamat dan mengheret seorang rakan sekerja mangsa dari bilik berkenaan . 
Dia kemudiannya berjalan kearah mayat Norazita dan terus mengambil wang yang diambil daripada bilik kebal bank berkenaan dan memasukkannya ke dalam sebuah beg .

Rakaman CCTV bertukar gelap selama beberapa saat dan kembali berfungsi dengan memaparkan aksi seorang lelaki memasukkan wang kedalam sebuah beg sebelum melarikan diri .

Daripada rakaman video tersebut , lelaki berkenaan di lihat sangat fokus dan tenang dalam insiden rompakan tersebut .

Al-Fatihah buat Pegawai Bank tersebut (Norazita Abu Talib)





Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Friday, October 18, 2013

Rahsia Kejayaan Dunia dan Akhirat

Sebelum ini kita pernah dengar rahsia kejayaan usahawan berjaya , rahsia kejayaan pelajar cemerlang dan rahsia kejayaan rumah tangga . :) tapi kita jarang dengar rahsia kejayaan yang menggabungkan dunia dan akhirat .


Seperti mana yang kita tahu Islam itu adalah agama Jalan Kehidupan yang mengajar dan menunjukkan kepada kita cara-cara untuk menjadi dan menjalani kehidupan seharian sebagai seorang yang berjaya . Tetapi sayangnya kita tidak mengetahuinya kerana kita lebih mengagungkan kehebatan dan panduan yang diberi oleh agama atau bangsa lain padahal Islam itu sudah lama ada dan diakui ramai . Renungkan dan selamat beramal .


1. Mewiridkan (membaca) al-Quran setiap hari dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh .

2. Membaca al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid) , sanggup pula mendengar dan merenungi maksud pengertiannya . Sentiasa menjaga kesihatan dengan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa .
3. Mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara .
4. Bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta .
5. Menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan janji dan jangan sekali-kali anda memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun .


6. Bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab) .

7. Bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara .

8. Bersifat pemalu , halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk .


9. Berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara dan jangan anda melupakan kebaikan orang lain kerana marah dan janganlah kerana sayang . 

10. Bersifat belas kasihan , pemurah dan bertolak-ansur 

11. Boleh membaca dan menulis dengan baik dan sentiasa banyak mengulang kaji subjek subjek yang berkaitan . Seboleh - bolehnya hendaklah memiliki (perpustakaan) sendiri walaupun kecil .

12. Berhati-hati supaya dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh amanah tentang kelicinan dan kehalusan pekerjaannya . 

13. Menuntut hak-hak anda dengan cara yang baik dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna .

14. Menyumbangkan harta anda untuk dakwah kita .

15. Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam sebaliknya mematikan adat-adat asing dalam semua kelapangan hidup .

16. Sentiasa merasai diri berada di bawah pengawasan Allah SWT , mengingati hari akhirat dan bersedia untuknya , dan hendaklah mempertingkatkan perjalanan hidup ke peringkat yang lebih tinggi dalam mendapatkan keredaan Allah dengan keazaman yang kuat . 


17. Melakukan dengan baik apabila bersuci (iaitu berwuduk dengan cara menyempurnakan segala syarat rukunnya) dan hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk . 

18. Mengerjakan sembahyang dengan cara yang betul (iaitu menyempurnakan syarat dan rukun-rukunnya) dan menunaikannya pada waktu-waktunya dengan mengutamakan sembahyang berjemaah dan sembahyang di masjid seboleh yang mungkin . 

19. Sentiasa berada di dalam keadaan niat berjuang kerana Allah SWT .

20. Sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan , menjauhkan diri dari dosa-dosa besar .

21. Janganlah membazirkan masa walaupun sedikit kepada perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubhah dan samar-samar hukumnya .

22. Bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu anda sehingga mampu mengendalikannya . Anda mestilah menjaga penglihatan dan kuasailah keinginan naluri dengan cara mengarahkannya kepada perkara-perkara yang halal .

23. Melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada fikrah perjuangan saudara terutama jika saudara disuruh berbuat demikian dengan kumpulan seperti itu . 







Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Saturday, October 12, 2013

Sii Dia Birthday ! :D

Assalammualaikum :)

  • Hari Jadi Ag Mohd Safiq :)
  • Xdapat sambut samasama 
  • Just nyanyikan dia lagu hari jadi :)
  • B'kol sampai puas hati (Ada freekol)
  • Oke The End

Happy Birthday To Ag Mohd Safiq :) smoga panjamg umur d murahkan rezeki . 
P/s: Simple entry :)


Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Tuesday, October 8, 2013

Rahsia pinggang Ramping , Perut Kempis


Selain tubuh ramping , ramai wanita menginginkan perut yang kempis dan rata . Olahraga bukan sahaja boleh membantu mengekalkan perut kempis dan rata tetapi juga boleh dilakukan dengan pengambilan makanan sihat dan seimbang .

Tidak dinafikan ramai mencuba dan mengambil makanan yang mereka sukai di samping menjalankan rutin olahraga setiap hari . Tentunya ini dapat memberikan hasil seperti yang dimahukan namun sebenarnya dengan mengambil makanan sihat lebih memberikan hasil maksimum .
Jika ingin ukur lilit pinggang anda cantik dan perut tidak buncit , cuba ambil beberapa makanan seperti ini :

Oregano

Taburkan oregano dalam menu sayuran kegemaran anda . Oregano memiliki khasiat yang amat baik untuk melancarkan pencernaan . Selain itu , herba ini boleh memberikan aroma yang nikmat pada hidangan anda .

Agar-agar


Makanan ini memberikan rasa dingin pada perut . Ia diperbuat daripada rumpai laut dan boleh membantu melancarkan pencernaan serta memenuhi keperluan serat didalam tubuh . Pengambilan agar-agar juga tidak memberatkan pencernaan apabila diambil secara berulang .

Jus buah-buahan


Minuman jus seperti buah-buahan yang disarankan seperti lobak merah , tomato , epal , oren , betik , anggur dan buah-buahan beri . Jenis buah yang disarankan ini sebenarnya dapat membantu mengurangi perut buncit dan membantu anda merasa kenyang dengan lebih lama . Hindari jus buah dengan kandungan buah seperti pisang atau mangga pada permulaan . 

Brokoli


Sayuran yang cantik dan enak ini merupakan sumber makanan penting untuk menjaga ukur lilit pinggang anda . Ambil brokoli secara rutin boleh melancarkan saluran pencernaan dan meningkatkan metabolisme anda .

Teh 

Minuman teh juga membantu mendinginkan perut dan memudahkan pencernaan . Jenis teh yang disarankan adalah teh hitam dan teh hijau . Namun tidak disarankan minum minuman ini setiap hari . Cukup dengan hanya minum antara dua hingga tiga kali seminggu kerana teh juga boleh menjadi salah satu minuman yang menahan sistem pembuangan air .

Yogurt

Bila perut anda cukup banyak dengan kandungan asid , cubalah makan atau minum yogurt . Probiotik di dalamnya boleh membunuh bakteria jahat di dalam usus dan melancarkan pencernaan anda . Namun ada sesetengah orang yang tidak boleh mengambil produk susu . Golongan ini bolehlah menggantikannya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran .















Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Tuesday, October 1, 2013

Stress Kerana Jerawat ?

Jerawat merupakan satu keadaan kulit menjadi merah , ruam , bahkan iritasi . Keadaan ini boleh terjadi kepada setiap orang pada sebarang usia . Lazimnya masalah ini sering berlaku kerana perubahan fizikal dan psikologi yang ketara berkaitan dengan perkembangan tubuh seseorang .

Jerawat tidak hanya kelihatan secara fizikal seperti bintik hitam atau parut di wajah tetapi juga mempengaruhi hubungan sosial seseorang dan lingkungan persekitarannya . Selain membuat seseorang hilang keyakinan diri , jerawat juga boleh membuat seseorang tertekan . Terdapat dua jenis jerawat berdasarkan bentuknya yang perlu anda ketahui . 

1. Radang Jerawat 
- Radang jerawat merupakan bintik yang terbuka daripada hasil pembesaran bintik hitam yang terbentuk dari sel-sel minyak dan kulit di dalam folikel rambut . Folikel rambut yang terbuka akan menghasilkan bintik hitam . warna gelap tidak menandakan bahawa terdapat kotoran di dalam pori-pori . Sebaliknya minyak di dalam pori-pori yang menjadi kotor setelah terdedah udara luar .
Bintik tertutup terbentuk jika pori folikel rambut tetap tertutup atau bintik putih tidak terkena udara luar dan tidak menimbulkan perubahan warna . Bintik hitam tertutup atau bintik putih tidak terkena udara luar dan tidak menimbulkan perubahan warna . Bintik bhitan tertutup hanya muncul sebagai benjolan kecil atau kadang-kadang berwarna merah muda pada kulit .

2. Jerawat Inflamasi
- Terdiri dari jerawat merah yang disebut papules dan pustules , serta jerawat yang lebih besar dan membengkak yang dikenal sebagai nodular . Papules ialah bintik hitam tertutup yang berwarna merah , bengkak dan meradang . Pustules ialah bintik hitam tertutup yang meradang dan mulai pecah dan membentuk pustular dari pelbagai ukuran . Manakala nodular berbentuk sangat besar , kenyal , bengkak yang kemudian meradang dan pecah di bawh kulit . Jika tidak dirawat , ia menyebabkan parut yang mendalam .

MITOS MENGENAI JERAWAT
  • Jerawat timbul kerana malas mencuci wajah .
  • Jerawat timbul tidak disebabkan oleh kerana terdapat banyak kotoran pada kulit atau pori-pori . Malah jika anda terlalu membersihkan wajah , membuatkan keadaan jerawat bertambah buruk .
  • Jerawat disebabkan oleh makanan segera , coklat dan makanan berlemak .
Beberapoa faktor menyumbang kepada perkembangan jerawat . Masalah utamanya adalah perkembangan abnormal sel-sel di dalam folikel rambut yang mengarah pada pembentukkan sebuah plak atau bintik hitam . Bintik hitam menghambat gerakan normal rambut , sel-sel kulit dan sebum sehingga menyebabkan pembesaran dan akhirnya pecahnya folikel rambut . Folikel rambut yang pecah berisi minyak dan kotoran kemudian mengalami pembengkakan dan menyebabkan kemerahan .

KENALI PUNCA JERAWAT

Oleh itu , anda harus mengetahui beberapa perkara menyebabkan timbulnya jerawat agar dapat memperbetulkan mitos yang salah mengenai masalah kulit ini . Berikut antara faktor yang menyumbang kepada masalah jerawat .

1. Propionibacterium acnes
- Bakteria jenis ini hidup di folikel kulit rambut menghasilkan zat yang menyebabkan kemerahan dan radang . Bakteria ini juga membuat enzim yang melarutkan sebum dari kelenjar minyak  pada kulit hingga ia meradang dengan teruk lagi .

2.Hormon androgen
- Hormon androgen yang terdapat pada lelaki dan wanita tetapi melebihi kepada lelaki . Androgen melakukan dua perkara iaitu membesarkan kelenjar sebaceous pada kulit dan meningkatkan penghasilan sebum dari kelenjar sebaceous . Peningkatan sebelum dapat memburukkan pembentukkan jerawat yang berfungsi sebagai makanan kepada bakteria .

3.Hormon estrogen
- Merupakan hormon wanita . Kehadiran haid seseorang wanita terjadi kerana adanya perubahan kadar estrogrn ini . Ini antara faktor kehadiran jerawat pada wanita apabila didatangi haid .

4.Genetik 
- Beberapa orang percaya bahawa jerawat tumbuh disebabkan kerana faktor genetik . Namun penelitian mengenai fakta ini masih belum ditemui .

5. Anatomi folikek rambut
- Folikel rambut ada pada hampir semua kulit kecuali telapak tangan dan kaki . Di dalam folikel , rambut memanjang naik daripada lapisan dalam kulit dan keluar melalui pori . Pada permukaan , kelenjar minyak (sebaceous gland) memasuki folikel rambut dan sebum menyumbat kulit dan memberikan penghalang pelindung untuk mencegah kulit kering . Jumlah kelenjar sebaceous yang sangat besar terdapat di kulit wajah , dada dan punggung . Inilah menjadikan jerawat cenderung tumbuh hingga di bahagian ini .

BILA HARUS BERTEMU DOKTOR ?

Tidak ada kajian khusus yang dilakukan bagi mendiagnosis atau mengubati jerawat . Namun apabila jerawat tidak sembuh , meski sudah dirawat dengan ubatan yang dibeli , periksa dengan segera jerawat anda .
Ketika memeriksa jerawat , doktor akan melakukan pemeriksaan hormon atau ujian darah sebelum memberikan beberapa ubatan . Berikut ciri yang perlu dirujuk kepada doktor atau pakar kulit .

- Individu dengan jerawat yang parah atau sudah memiliki parut di wajah .
- Wanita dengan jerawat yang menghasilkan rambut pada wajah .
- Wanita yang memiliki menstruasi tidak teratur .
- Jerawat yang tiba-tiba muncul dan memburuk dalam waktu singkat serta disertai demam dan pembengkakan parah . Ini boleh terjadi tanda-tanda jangkitan kulit yang serius .


Jika anda berjerawat dan memiliki tanda-tanda seperti disebut , sebaiknya segera bertemu doktor untuk rawatan selanjutnya . Jangan tunggu sehingga parah .







Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...