Tuesday, October 8, 2013

Rahsia pinggang Ramping , Perut Kempis


Selain tubuh ramping , ramai wanita menginginkan perut yang kempis dan rata . Olahraga bukan sahaja boleh membantu mengekalkan perut kempis dan rata tetapi juga boleh dilakukan dengan pengambilan makanan sihat dan seimbang .

Tidak dinafikan ramai mencuba dan mengambil makanan yang mereka sukai di samping menjalankan rutin olahraga setiap hari . Tentunya ini dapat memberikan hasil seperti yang dimahukan namun sebenarnya dengan mengambil makanan sihat lebih memberikan hasil maksimum .
Jika ingin ukur lilit pinggang anda cantik dan perut tidak buncit , cuba ambil beberapa makanan seperti ini :

Oregano

Taburkan oregano dalam menu sayuran kegemaran anda . Oregano memiliki khasiat yang amat baik untuk melancarkan pencernaan . Selain itu , herba ini boleh memberikan aroma yang nikmat pada hidangan anda .

Agar-agar


Makanan ini memberikan rasa dingin pada perut . Ia diperbuat daripada rumpai laut dan boleh membantu melancarkan pencernaan serta memenuhi keperluan serat didalam tubuh . Pengambilan agar-agar juga tidak memberatkan pencernaan apabila diambil secara berulang .

Jus buah-buahan


Minuman jus seperti buah-buahan yang disarankan seperti lobak merah , tomato , epal , oren , betik , anggur dan buah-buahan beri . Jenis buah yang disarankan ini sebenarnya dapat membantu mengurangi perut buncit dan membantu anda merasa kenyang dengan lebih lama . Hindari jus buah dengan kandungan buah seperti pisang atau mangga pada permulaan . 

Brokoli


Sayuran yang cantik dan enak ini merupakan sumber makanan penting untuk menjaga ukur lilit pinggang anda . Ambil brokoli secara rutin boleh melancarkan saluran pencernaan dan meningkatkan metabolisme anda .

Teh 

Minuman teh juga membantu mendinginkan perut dan memudahkan pencernaan . Jenis teh yang disarankan adalah teh hitam dan teh hijau . Namun tidak disarankan minum minuman ini setiap hari . Cukup dengan hanya minum antara dua hingga tiga kali seminggu kerana teh juga boleh menjadi salah satu minuman yang menahan sistem pembuangan air .

Yogurt

Bila perut anda cukup banyak dengan kandungan asid , cubalah makan atau minum yogurt . Probiotik di dalamnya boleh membunuh bakteria jahat di dalam usus dan melancarkan pencernaan anda . Namun ada sesetengah orang yang tidak boleh mengambil produk susu . Golongan ini bolehlah menggantikannya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran .















Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...