Thursday, October 31, 2013

Hukum menyambut Halloween

Assalammualaikum :) Pika sempat lagi main-main game halloween yang ada diatas carian google tuh :3 hihi -,-


Apa itu Halloween ? Halloween itu adalah tradisi perayaan malam 31 Oktober (nasib bukan 30 okt . hihi) di negara-negara yang berbahasa Inggeris yang dilakukan dengan pakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah orang dan meminta gula-gula atau coklat dengan berkata "Trick or treat !" . Ucapan "Treat or treat !" merupakan semacam "ugutan" yang bermaksud "Beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau." Kanak-kanak zaman sekarang biasanya tidak lagi membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi apa-apa . Sebahagian kanak-kanak masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut dengan cara "menghiasi" pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun . Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan , ahli sihir , hantu , goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat . Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut . (Kalau mahu tahu yang lebih lanjut cari lah di google) hehehe

Kalau peristiwa ni di sambut di Malaysia , sudah tentulah yang beragama Islam tidak perlu menyambutnya kerana sambutan ini diadakan untuk menyembah dan memperingati semangat , roh bagi si mati , jadi mestilah dah tahu hukumnya .



Hujah dan Dalil
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain . Kerana itu penghayatan akidah Islam , pelaksanaan ibadah , muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain . Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidan dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain . Ini berdasarkan firman Allah S.W.T :

"Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir . Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah . Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat . Bagi kamu agama kamu , dan bagi aku agamaku ."
(Al-kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu , misalnya dalam hal berpakaian , minuman , hiasan rumah , gaya hidup , penampilan dan sebagainya . Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam . Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagi tiap-tiap umat , kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan , maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu , kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus .
(Al-Hajj ayat 67)

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya , budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI oleh agama Islam . Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian .


Sesungguhnya Allah itu tuhan yang maha penerima taubat . Bersegeralah bertaubat kepada-Nya 








Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

1 comment:

  1. pika lahir 30/10 jugak ke ? hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...