Monday, April 1, 2013

Di sebalik Tangan kanan vs Tangan kiri ..

Secara umumnya , perbezaan diantara orang yang menggunakan tangan kiri atau kanan tidaklah begitu ketara . Tetapi sekiranya faktor ini dikaji secara mendalam dan bukannya secara holistik , terdapat perbezaan yang mungkin akan membezakan diantara keduanya . Faktor ini mungkin mendorong cara mereka berfikir dimana orang yang menggunakan tangan kiri dikatakan lebih sering untuk menggunakan bahagian otak belah kiri dan sebaliknya . Berikut adalah beberapa fakta hasil kajian yang telah dilakukan oleh pakar .

Statistik - Hasil daripada kajian yang telah dilakukan , orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia . Di sebabkan faktor seperti inilah sekiranya dapat dilihat banyak peralatan dicipta  memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti . 

Punca tangan kidal - Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata . Tetapi terdapat pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik persekitaran  . Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga sahaja , terdapat juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal dalam keluarga tersebut .

Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi dalam kandungan . 

Kelebihan - Seseorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan . Selain daripada itu , daripada hasil kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St Lawrence terdapat juga orang yang menggunakan tangan kiri lebih tinggi tahap IQ nya . Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif . Selain itu , orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan . 

P/s : Pika guna tangan kanan untuk menulis dan tangan kiri untuk pakai gelang or jam :)











Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...