Thursday, December 27, 2012

Perkara yang patut di jauhi sebelum tidur dan perkara yang perlu sebelum tidur


Woaa :O , mengantuk laaa . Yumyum ! hehe 
Sebelum tidur pika akan MAKAN COKLAT ! Selepas tuu , pegi katil .. Terus tidur ! chewah ! hehe . Joke* ==' . Okee laa Pikaa mau share tentang perkara2 sebelum tidur ! yang pikaa TERbaca sewaktu tengah BW  tadii .. 

Sebelum tidur , pastikan telefon bimbit berada jauh darii tempat tidur . SEBAB meletakkan telefon bimbit bersebelahan dengan kita ketika tidur sangat laa TIDAK digalakkan . Walaupun ada diantara kita menggunakannya sebagai alat penggera . KERANA ia akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan . 

Pastikan anda tidak tidur dengan mekap yang masih melekat . SEBAB ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang . Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas  dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya . Anda juga mungkin akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena . 

Jangan tidur dengan coli . Bagi perempuan pula , anda tidak digalakkan tidur dengan memakai coli KERANA ia dikhuatiri menyebabkan barah  payudara melalui kajian yang dijalankan oleh sainstis Amerika . Memakai bra melebihi 12 jam adalah berisiko .

Jangan tidur dengan seluar dalam . Bagi lelaki pula , tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur . Seeloknya pakai lerr 'boxer' yang longgar dan selesa .

Jangan tidur tanpa SEURAT BENANG . Hal ini juga penting kerana jika pada ketika anda tidur berlaku sebarang kemalangan / kecemasan bukankah ia memudaratkan anda ? :)


Antara Sunnah-Sunnah Nabi SAW sebelum , ketika dan selepas tidur :

Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur . Ramai yang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah SWT janjikan adalah syurga .

Jangan tidur menghadap kaki arah kiblat (Ini adalah kedudukan orang yang telah mati)

Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah (sekiranya dia mati malam itu) dia akan di kira sebagai mati syahid . Apa itu Tasbih Fatimah ? -Subhanallah 33x , Alhamdulillah 33x , Allahuakbar 33x-

Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu seluruh badan untuk menghindar sihir dan niat jahat manusia . 

Ambil wuduk sebelum tidur dan solat sunat Taubat 2 rakaat .

Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur (bangun tidur boleh buka semula fail)

Tidur cara Rasulullah SAW dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi .

Harap kita dapat mengamalkan perkara yang bermanfaat dalam hidup kita 

P/s : Mengantuk sangat laa ! hehe . Assalammualaikum !  
Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...