Sunday, December 9, 2012

Sedekah

Wara Kata : Sedekah adalah perkataan yang berasal dari bahasa Arab , iaitu sadaqah yang turut diguna pakai dalam bahasa Melayu . Menderma , membelanjakan wang atau memberikan sesuatu kepada pihak lain dengan hati yang ikhlas , tanpa mengharapkan sebarang imbalan juga diertikan sebagai sedekah .


Pernyataan "Tangan yang di atas lebih muflis daripada tangan yang di bawah" merujuk kepada firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 261; "Bandingan (pemberian iaitu tangan diatas) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah , sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai , tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji . Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kunia-Nya , lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."
Tahukah kita dengan bersedekah , seseorang itu boleh mengurangkan bebanan penyakit yang di tanggungnya? Selain itu , tidak mustahil dengan bersedekah seseorang itu akan sembuh daripada penyakitnya.
Saidina Ali r.a pernah berkata; "Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan , maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang . Sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokkan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan itu akan terus kekal."

Wadah Siswa



Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa comment ;D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...